suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Pertama Jalani Pemindahan Muka Meninggal Dunia

LILLE: Manusia pertama yang menjalani pembedahan pemindahan muka, Isabelle Dinoire, disahkan meninggal dunia pada usia 49 tahun, April lalu.

Dinoire, menerima hidung, bibir dan dagu daripada seorang penderma pada 2005 ketika berusia 38 tahun selepas mukanya cedera teruk akibat diserang anjing peliharaannya sendiri.

Kini selepas 11 tahun, pihak hospital di Amiens, utara Perancis, mengesahkan kematian Dinoire walaupun pada awalnya ahli keluarga wanita berkenaan mahu berita sedih itu dirahsiakan.

Punca sebenar kematian wanita itu tidak dapat dipastikan, tetapi menurut laporan akhbar tempatan, Le Figaro pada tahun lalu, sistem badan Dinoire tidak dapat menerima pemindahan muka baharunya.

Malah laporan itu menjelaskan, Dinoire kehilangan sebahagian daripada bibirnya akibat kesan pemindahan muka tersebut.

"Ubat yang digunakan untuk mengekang sistem badannya menolak kesan pemindahan, menyebabkan dia terdedah kepada kanser," tambah laporan berkenaan. - AFP

Pemindahan Muka

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain