suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bom Meletup Di Brussels, Tiada Kecederaan Dilaporkan

BRUSSELS: Sebutir bom meletup di Institut Kriminologi Brussels di utara ibu kota Belgium pada Isnin tetapi bangunan tersebut kosong dan tiada kecederaan dilaporkan.

Pendakwa Brussels mengesahkan berlakunya letupan di institut tersebut dan tiada kecederaan dilaporkan.

Namun punca letupan masih belum diketahui.

Sebuah kereta merempuh sekatan kira-kira pukul 3 pagi waktu tempatan dan seorang atau lebih penyerang meletupkan sebutir bom dekat makmal yang terbakar.

Institut itu yang menjadi sasaran penyerang ada kaitan dengan Kementerian Keadilan Belgium dan menjalankan siasatan forensik kes jenayah.

Negara-negara Eropah kini berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas serangan militan IS di Paris dan Brussels sejak tahun lalu.



serangan bom, Brussels

Artikel Lain