suria

Anak Saudara Raja Dadah Mexico Mati Ditembak

MEXICO CITY: Lelaki bersenjata dilapor menembak mati anak saudara kepada ketua kartel dadah Sinaloa dalam siri menentang sindiket pengedaran dadah di negara itu.

Edgar Juvanny Parra Zambada, 42,  telah ditembak oleh seorang daripada dua lelaki di Culiacan, Sinaloa.

Dalam serangan berkenaan, dua lelaki turut dibunuh manakala seorang pemandu wanita hanya mengalami kecederaan.

Parra merupakan anak saudara kepada Ismael Zambada iaitu individu yang bertanggungjawab terhadap operasi kartel dadah di Sinaloa.

Zambada menjadi ketua selepas raja dadah Mexico, Joaquin "El Chapo" Guzman ditahan beberapa bulan lalu.

Abang kepada Zambada kini sedang menjalani hukuman di Amerika Syarikat kerana mengedar kokain, heroin, ganja dan syabu.

Dua minggu lalu, anak lelaki Guzman telah ditahan di sebuah restoran di Puerto Vallarta sebelum dibebaskan beberapa hari kemudian.

Mexico, Raja Dadah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain