suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Populariti Pokemon Go Merudum

NEW YORK: Selepas hampir sebulan dilancarkan, populariti Pokemon Go mulai merudum kepada 30 juta pengguna harian, berbanding mencecah 45 juta pada pertengahan bulan lalu.

Laporan Bloomberg menyebut, menggunakan Sensor Tower, SurveyMonkey dan Apptopia, Axiom Capital Management mendapati Pokemon Go dikatakan mengalami penurunan dari pelbagai segi.

Antara penurunan yang dikenal pasti termasuk memuat turun, bermain dan jumlah masa yang dihabiskan untuk aplikasi itu sehari.

Khabar tidak menggembirakan Pokemon Go itu bagaimanapun  melegakan Facebook, Instagram, Tinder, Twitter, Snapchat dan aplikasi lain yang sebelum ini terancam dengan populariti mendadak Pokemon Go.

Data menunjukkan pemain yang bermain Pokemon Go menurun pada awal Ogos, jatuh dari 100 peratus kepada 40 peratus pada 4 Ogos.

Pada Julai, sebaik dilancarkan, populariti Pokemon Go meningkat mendadak, mengatasi Tinder dan mengancam memintas populariti Twitter dalam masa beberapa hari sahaja.


Pokemon Go, Tinder, Snapchat, Bloomberg

Artikel Sebelum

Artikel Lain