suria

Angka korban gempa cecah 247 orang

ROM: Angka kematian akibat bencana gempa bumi di tengah Itali meningkat kepada 247 orang Khamis ketika pasukan penyelamat semakin terdesak untuk mencari mangsa yang terselamat.

Menurut laporan Al Jazeera, seramai 368 mangsa disahkan mengalami kecederaan tetapi jumlah mangsa yang terperangkap di celah runtuhan bangunan masih belum diketahui.

Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter menggegarkan tengah Itali pada Rabu, menyebabkan beberapa pekan musnah teruk selain gegaran turut dirasai di Bologna dan Naples yang terletak lebih 200 kilometer dari pusat gempa. - AGENSI

GEMPA KORBAN MENINGKAT

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Populariti Pokemon Go Merudum

Artikel Lain