suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yala Digegar Dengan Tiga Letupan, Tiada Yang Cedera

Gambar Hiasan

BANGKOK: Tiga alat letupan rekaan (IED) meletup di tiga lokasi di wilayah Yala, Ahad malam, bagaimanapun tiada yang cedera.

Letupan pertama berlaku paada pukul 7.30 malam (waktu tempatan) di hadapan kedai emas dan diikuti lima minit kemudian di kedai menjual peralatan menulis.

"Letupan ketiga berlaku beberpa minit kemudian di kedai menjual akhbar yang terletak bertentangan dengan balai polis Yala," kata seorang pegawai polis kepada mediam, Isnin.

Pihak polis turut menemukan dua objek yang mencurigakan berdekatan kawasan letupan malam tadi dan segera mengepung lokasi berkenaan sebelum pasukan pemusnah bom dipanggil bagi memantau objek tersebut pagi ini.

Menurut pihak polis, objek pertama berbentuk silinder seberat kira-kira lima kilogram.-- Bernama

Yala, kedai emas

Artikel Lain