Rakyat Malaysia Bawa Dadah Ditahan Di Medan - Dunia | mStar

Rakyat Malaysia Bawa Dadah Ditahan Di Medan

JAKARTA: Seorang rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Kuala Namu di Medan, Sumatera Utara petang semalam setelah didapati membawa 1,025 gram dadah sintetik dalam poket seluarnya.

Media tempatan pada Ahad memetik Ketua Polis Daerah Deliserdang Robert Da Costa sebagai berkata, lelaki berusia 27 tahun itu berasal dari Pulau Pinang dan tiba dengan menaiki pesawat tambang murah dari negeri itu.

Katanya, pasukan pengawal keselamatan Lapangan Terbang Kuala Namu  mengesyaki sesuatu apabila lelaki terbabit dilihat dalam keadaan mencurigakan untuk melepasi bahagian pemeriksaan.

Beliau berkata setelah membuat pemeriksaan tubuh, mereka menemukan 10 paket dadah yang dibungkus dalam sarung kaki dan disembunyikan dalam poket seluar lelaki terbabit.

"Hasil pemeriksaan mendapati dadah itu dipercayai jenis methampetamine seberat 1,025 gram dan lelaki itu kini ditahan untuk siasatan," katanya.

Hasil siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai membawa dadah itu untuk dijual kepada seseorang di sebuah hotel di Kota Medan, katanya.

Indonesia melaksanakan hukuman tembak mati bagi kesalahan mengedar dadah.

Presiden Indonesia Joko Widodo baru-baru ini mengisytiharkan Indonesia sebagai darurat dadah dan mengarahkan pihak berkuasa untuk lebih agresif memerangi dadah.-- Bernama

Medan , dadah , Malaysia , Kuala Namu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Speaker DPRD Ditahan Positif Dadah

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain