suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Jetstar Dari Jepun ke Australia Mendarat Cemas

SYDNEY: Penerbangan Jetstar dari Tokyo ke Gold Coast Australia terpkasa dilencongkan ke Guam dan salah satu enjinnya terpaksa dimatikan selepas lampu amaran kecemasan bernyala.

Pesawat dengan enjin berkembar JQ12 Boeing 787 Dreamliner dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita ke Gold Coast mendarat cemas di kawasan pulau di Guam pada pagi Ahad selepas lampu amaran tekanan minyak bernyala, kata Jetstar.

"Satu penerbangan dari Narita ke Gold Coast dilencongkan pagi ini selepas pesawat menerima mesej mengenai tekanan minyak.

"Selepas menerima mesej penunjuk kecemasan, kapten membuat keputusan untuk menutup satu enjin sebagai langkah berjaga-jaga. Boeing 787s boleh terbang dengan selamat dengan satu enjin," kata syarikat penerbangan itu dalam kenyataan.

Seramai 320 penumpang akan dibawa ke Australia menggunakan penerbangan lain pada Isnin.

Jetstar berkata pesawat berkenaan mendarat dengan selamat di Guam dan sedang diperiksa oleh jurutera. -AFP

Jetstar

Artikel Lain