suria

10 Letupan Gegar Selatan Thailand

Sukarelawan membawa peti undi ke pejabat pentadbiran pada malam pilihan raya referendum perlembagaan di wilayah selatan Thailand iaitu Narathiwat pada 6 Ogos -AFP

NARATHIWAT: Sekurang-kurangnya 10 letupan bom dilaporkan di wilayah bergolak, Yala dan di sini pada Sabtu - kurang 24 jam sebelum berlangsungnya pilihan raya referendum perlembagaan Thailand.

Ketua Polis Narathiwat, Mejar Jeneral Pattanawut Angkanawin berkata serangan bom berlaku antara pukul 7.30 malam dan 8 malam di beberapa lokasi.

Bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

"Bom yang disasarkan pada tiang lampu menyebabkan beberapa kawasan tiada bekalan elektrik dan memutuskan sistem komunikasi," katanya kepada pemberita di sini.

Letupan dilaporkan berlaku di Sungai Golok, Ranget, Bacho, Chok Airong, Yimgo, Takbai, Chanek, Rusak, Waeng dan Muang di Narathiwat.

Satu letupan bom turut berlaku di daerah Yaman wilayah Yala.

Polis melaporkan enam letupan di selatan Thailand, yang dilihat sebagai reaksi kepada pilihan raya referendum.

Kira-kira 50 juta rakyat Thai akan keluar mengundi dalam pungutan suara mengenai perlembagaan baharu yang digubal oleh jawatankuasa tentera junta negara itu. -Bernama

Junta Thailand

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain