suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AS Hantar Pulang 97 Pelarian Cuba

Pelarian Cuba berinteraksi dengan pengawal pantai di rumah api pada 20 May lalu. Foto AP

PENGAWAL pantai Amerika Syarikat (AS) menghantar pulang 97 pelarian Cuba yang ditahan dalam percubaan memasuki negara itu pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan, pengawal pantai memaklumkan pelarian yang membawa tiga alat pemotong besi itu telah dihantar ke Caribbean.

"Kami tidak menggalakkan sesiapa sahaja turun ke laut dan cuba memasuki tanah AS secara haram.

"Tindakan itu hanya akan mengancam nyawa anda dan pasti tidak akan berjaya," kata Penguatkuasa Pengawal Pantai Daerah 7, Kapten Mark Gordon.

Bilangan pelarian Cuba yang melakukan percubaan untuk memasuki AS pada bulan lalu ialah 834 dan meningkat sebanyak 410 berbanding Julai 2015.

Sekurang-kurangnya 5,786 pelarian Cuba telah melakukan percubaan memasuki ke AS melalui laut sejak Oktober tahun lalu. -Reuters

Amerika Syarikat

Artikel Sebelum

Artikel Lain