suria

Presiden Filipina Digelar 'Penghukum'

PRESIDEN Filipina Rodrigo Duterte diberi gelaran 'Penghukum' selepas melakukan perang berdarah terhadap pengedar dadah di negara berkenaan, lapor Daily Mail.

Dalam usahanya memerangi dadah, Duterte telah mengarah polis melakukan tindakan tegas selain menggesa penagih dan pengedar dadah dibunuh.

Dalam arahan selepas memenangi pilihan raya umum pada Mei lalu, beliau memberi bayangan bahawa pengedar dadah akan dipenjara atau dikebumikan.

Sejak operasi memerangi dadah dilancarkan pada awal Julai, seramai 300 orang yang terdiri daripada pengedar dan penagih dadah telah dibunuh.

Jumlah kematian itu dijangka meningkat apabila polis masih meneruskan usaha mengesan baki pengedar dadah.

Setiausaha Pejabat Komunikasi, Martin Andanar berkata, seramai 60,000 penagih telah menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas operasi berkenaan dilancarkan.

Sila Klik: Harrowing pictures show the brutal truth of the Philippines' war on drugs that's seen 300 killed in just one month after president ordered police to 'put them behind bars or below ground' Read more: http://www.dailymail.co.uk/news/article-3710940/Harrowing-pictures-brutal-truth-Philippines-war-drugs-s-seen-300-killed-just-one-month-president-ordered-police-bars-ground.html

Ketika rakyat negara itu terus dikejutkan oleh operasi membunuh pengedar dadah oleh polis dan individu tidak diketahui, Duterte meminta polis menggandakan usaha mereka.

Bagaimanapun sesetengah pihak melihat operasi tersebut sebagai satu kekejaman yang tidak boleh diterima.



Filipina

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain