suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hillary Clinton Catat Sejarah Jadi Calon Presiden Demokrat

Hillary Clinton. Foto Reuters

PHILADELPHIA: Hillary Clinton mencatat sejarah sebagai wanita pertama yang memenangi pencalonan bagi Presiden Amerika Syarikat (AS) selepas mendapat sokongan parti Demokrat pada konvensyen parti itu di Philadelphia.

Bekas wanita pertama, setiausaha negara dan senator itu mengambil langkah bermakna dalam misinya untuk menjadi presiden wanita pertama Amerika, dengan mengalahkan pencabar, Bernie Senders.

Selepas pembukaan konvensyen itu, Clinton melepasi jumlah 2,382 perwakilan yang diperlukan untuk pencalonan itu dan menentang calon parti Republikan, Donald Trump, dalam pilihan raya pada November.

"Sejarah," kata Clinton dalam akaun Twitternya. - AFP



Hillary Clinton

Artikel Lain