suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jokowi Umum Rombakan Kabinet Kedua Hari Ini

JAKARTA: Dalam tempoh kurang dua tahun kerajaan Indonesia diketuai Joko Widodo, presiden itu dijangka mengumumkan rombakan Kabinet keduanya pada Rabu.

Seorang pegawai istana yang enggan dikenali mengatakan: "Ya." apabila ditanya mengenai perkara itu.

Selain itu, sumber kedua yang mengetahui perkara itu mengesahkan satu rombakan akan diumumkan hari ini (Rabu).

Kedua-dua sumber bagaimanapun tidak memaklumkan menteri yang akan terlibat dalam rombakan itu. Jokowi bertemu beberapa menterinya di istana presiden di sini pada Selasa malam.

Rombakan itu dilakukan hampir setahun selepas Jokowi menggantikan ahli di kalangan pasukan ekonominya bagi  meningkatkan keyakinan pelabur.

Langkah itu dilakukan bagi melonjakkan ekonomi negara itu yang jauh ketinggalan.

Bagaimanapun di kalangan penganalisis menganggap, rombakan kali ini kemungkinan bermotif politik kerana presiden mahu mengukuhkan sokongan parti yang berminat menyertai pakatan pemerintah.

"Ada keperluan untuk mengakui sokongan parti seperti Golkar yang menyokong penuh kerajaan.

"Dengan mengandaikan pilihan beliau adalah terbaik yang diterima orang ramai sebagai sebahagian pelarasan dan proses biasa politik," kata Keith Loveard dari firma perunding, Concord Consulting berpusat di sini, merujuk kepada parti politik kedua terbesar Indonesia itu. -Reuters

Jokowi, Kabinet, Indonesia

Artikel Lain