suria

'Lelaki Emas' Di India Mati Dipukul

MUMBAI: Seorang ahli perniagaan warga India yang menjadi tajuk utama akhbar pada 2013 selepas membeli salah satu baju paling mahal di dunia, diperbuat sepenuhnya daripada emas mati akibat dipukul di barat India, menurut satu laporan pada Sabtu.

Datta Phuge dikenali selepas beliau menempah baju emas bernilai kira-kira AS$240,000.

Baju tersebut diperbuat daripada 14,000 keping emas 22 karat, seberat 3.32 kilogram, di mana penghasilannya melibatkan 15 pakar, selama lebih 16 hari.

Menurut polis, Phuge yang dipercayai dalam lingkungan 40-an diserang dan dibunuh oleh 12 penyerang yang menggunakan batu dan senjata tajam.

Dalam pada itu, menurut agensi berita Press Trust of India (PTI), kejadian berlaku pada Khamis malam selepas salah seorang suspek menjemput beliau ke sebuah parti.

"Berdasarkan siasatan awal, Phuge dan anak lelakinya dijemput oleh salah seorang suspek ke majlis ulang tahun kelahiran," kata Inspektor Polis, Navnath Ghogare dipetik sebagai berkata. 

Beliau berkata, polis mempercayai motif yang boleh menjadikan pertikaian mengenai urusan transaksi wang. Keempat-empat suspek ditahan.

Phuge menyukai emas dan kemasyhurannya dapat dilihat pada bajunya.

"Emas sentiasa menjadi minat saya sejak usia muda. Saya sentiasa memakai emas sebagai barang kemas dalam bentuk gelang, cincin dan rantai," katanya. - AFP

Artikel Lain