suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakyat Malaysia Maut Di Marina South

SINGAPURA: Seorang pekerja rakyat Malaysia terbunuh di tapak kerja di Marina South pada Jumaat dan arahan berhenti kerja telah dikeluarkan, Channel NewsAsia melaporkan.

Memetik Kementerian Tenaga Manusia (MOM), laporan itu berkata pekerja berusia 30 tahun itu sedang bekerja di bawah syaft apabila peralatan yang dinaikkan oleh krane tertanggal dari anduhnya lalu terjatuh ke bawah dan menghempap pekerja tersebut.

Pekerja itu diisytiharkan mati di tempat kejadian.

MOM berkata pemaju bagi projek pembinaan itu ialah PUB, agensi air nasional sementara kontraktor utama ialah Transbuild Engineering.

Semua kerja di tapak itu telah dihenti dan punca kemalangan sedang disiasat, kata kementerian.

Channel NewsAsia melaporkan bahawa pekerja tersebut ialah rakyat Malaysia. - BERNAMA

Marina South, maut, rakyat Malaysia

Artikel Lain