suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kepala Ditemui Di Jolo

Robert Hall.

ZAMBOANGA CITY: Satu kepala ditemui di Jolo, Sulu pada Isnin malam, lebih lima jam selepas kumpulan Abu Sayyaf mendakwa ia telah memenggal kepala salah seorang tebusannya, warga kanada, Robert Hall.

Ketua Polis Jolo, Superintenden Junpikar Sittin berkata, kepala itu diletakkan di dalam sebuah beg plastik yang ditemui pada kira-kira pukul 9 malam di Jalan Sanchez dekat Katedral Carmelite di Jolo.

"Pada awalnya, anggota kami fikir ia merupakan bahan letupan, tetapi apabila Soco (Pasukan Operasi Lokasi Jenayah) memeriksa beg plastik tersebut, terdapat kepala seorang lelaki kulit putih," kata Sittin kepada Philippine Daily Inquirer menerusi panggilan telefon.

"Saya tidak boleh terus menyatakan ia (kepala) adalah milik Hall, tetapi berdasarkan gambaran, ia seperti yang digambarkan," katanya. – The Philippine Daily Inquirer/Asia News Network

Robert Hall, Abu Sayyaf

Artikel Lain