suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak Elak Tebuan Maut Dilanggar Kereta

TEXAS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun yang cuba melarikan diri dan mengelak daripada disengat tebuan maut selepas dilanggar sebuah kereta, demikian menurut polis.

Budak lelaki yang dikenali sebagai Alexander Ramirez meninggal dunia di sebuah hospital di Lewisville, kira-kira 40km dari barat laut Dallas tidak lama selepas kejadian itu berlaku pada Ahad.

Sebelum kejadian itu berlaku dia bersama kawan-kawannya dikatakan mengganggu sarang tebuan tersebut dan kemudian melarikan diri.

"Ramirez berlari ke jalan dan kemudian dilanggar oleh kenderaan utiliti sukan yang dipandu oleh seorang wanita berusia 20 tahun.

"Dia tidak memandu secara melulu dan dia tidak mabuk. Dia tidak akan menghadapi tuduhan berkaitan dengan kematian tersebut," kata Ketua Polis Lewisville, Rochelle. Reuters

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain