suria

Selatan Thai Terus Digegar Letupan Bom

Gambar fail pada 31 Mac lalu menunjukkan anggota polis melakukan pemeriksaan di sebuah kedai yang dibom di wilayah Pattani, selatan Thailad. Foto EPA

PATTANI: Selatan Thailand terus dilanda beberapa kejadian letupan bom pada Isnin, sehari sebelum umat Islam di negara ini menyambut bulan Ramadan.

Menurut Ketua Polis Pattani, Mejar Jeneral Phongsak Wangsupa, letupan bom pertama berlaku pada 6.30 pagi di daerah Panarek di sini menyebabkan bangunan pusat pendidikan daerah itu rosak teruk.

Sebutir lagi bom yang diletakkan di luar bangunan pusat pendidikan terbabit meletup kira-kira 8.30 pagi ketika pegawai keselamatan sedang memeriksa kejadian pertama, katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kedua-kedua kejadian itu, katanya. 

Beliau berkata, kejadian letupan bom turut dilaporkan berlaku di daerah Mayo.

Phongsak berkata, pihaknya turut menerima laporan tentang kejadian kebakaran bangunan pusat pentadbiran mukim Kawat pada 1 tengah hari Isnin. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain