suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Maut Dalam Runtuhan Tapak Pembinaan Kereta Api Bawah Tanah Di Seoul

-fotoAP
SEOUL: Empat pekerja terkorban dan 10 yang lain cedera dalam runtuhan yang berlaku di tapak pembinaan kereta api bawah tanah berhampiran Seoul, ibu negara Korea Selatan, menurut jabatan bomba.

Mangsa-mangsa sedang melakukan kerja kimpalan pada kedalaman 15 meter di bawah tanah ketika letupan berlaku, berkemungkinan berpunca daripada tangki oksigen.

Empat pekerja terbunuh, manakala yang lain cedera dengan sebahagian daripada mereka melecur teruk dan dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan, jurucakap bomba memberitahu AFP.

Kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 7.20 pagi (2220 GMT Selasa) di bandar Namyangju, timur Seoul.

Punca tepat kemalangan itu masih dalam siasatan.

Artikel Lain