suria

Orang Utan Betina Kedua Tertua Meninggal Dunia

MAGGIE, orang utan betina kedua tertua di dunia yang dipelihara di Zoo Brookfield, Chicago telah meninggal dunia pada usia 55 tahun.

Persatuan Zoologikal Chicago memaklumkan tahap kesihatan haiwan Borneo itu semakin menurun, sekali gus memberi kesan kepada kehidupan hariannya kerana faktor usia.

Pemeriksaan mendapati, Maggie menghidap penyakit penyakit sendi, jantung, masalah kelenjar tirod dan sel sarkoma.

Dilahirkan di Zoo San Diego pada 1961, Maggie digambarkan sebagai haiwan yang bijak, ceria dan sentiasa ingin tahu kawasan persekitarannya.

Sepanjang hidupnya, Maggie yang dipindahkan ke Zoo Brookfield pada 1995 pernah menjadi ibu tumpang kepada dua bayi orang utan, termasuk Kecil yang kini berusia dua setengah tahun.

"Kami akan merindui Maggie," kata Jabatan Program Haiwan Brookfield apabila ditanya mengenai orang utan yang menjadi kesayangan ramai itu.




Maggie, Zoo Brookfield, orang utan

Artikel Lain