suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Melecur Belon Udara Panas Terkena Tiang Elektrik Sebelum Terhempas

Gambar didakwa seorang lelaki yang menyaksikan belon udara panas sebelum terkena tiang elektrik dan terhempas ke padang.

SEORANG wanita melecur apabila belon udara panas yang dinaikinya bertembung dengan tiang elektrik dan 'terbakar' sebelum terhempas ke padang.

Kejadian berlaku di Earls Barton, dekat Northampton di England pada Ahad.

Wanita berusia 22 tahun itu melecur di bahagian belakang, lengan dan tangan.

Mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Birmingham untuk mendapatkan rawatan.

Memetik laporan BBC, juruterbang berusia 64 tahun tidak mengalami kecederaan.

Bagaimanapun, jurucakap bagi Khidmat Ambulans East Midlands berkata, juruterbang itu mengalami cedera ringan dengan kesan lecur dan dirawat di tempat kejadian.

Seorang saksi berkata, sebelum kejadian berlaku, belon udara panas mengalami masalah untuk naik ke paras lebih tinggi.

Bakul belon udara panas itu kemudiannya mengenai tiang elektrik menyebabkan kebakaran berlaku.

"Saya dapat melihat belon itu mengempis dengan cepat sebelum ia terhempas," kata saksi yang enggan dikenali. - Mail Online



Artikel Lain