suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gunung Berapi Sinabung Meletus, Enam Maut

Imej daripada rakaman video menunjukkan debu panas dari Gunung Sinabung yang meletus pada Sabtu. Foto AP

JAKARTA: Angka kematian akibat letusan gunung berapi di barat Indonesia pada Sabtu meningkat kepada enam orang, kata jurucakap pada Ahad.

Dikhuatiri lebih ramai mangsa yang terperangkap dalam debu panas.

Jurucakap agensi bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata, tiga mangsa lain berada dalam keadaan kritikal selepas Gunung Sinabung yang merupakan gunung berapi meletus beberapa kali di pulau Sumatera pada Sabtu.

"Sembilan orang menjadi mangsa debu panas. Enam maut, dan tiga yang lain dalam keadaan kritikal akibat kesan terbakar," katanya.

Beliau menambah, semua mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Kesemua mangsa berada di kawasan pertanian dalam 'zon merah' iaitu kawasan kira-kira empat kilometer dari Gunung Sinabung, yang telah diisytiharkan oleh pihak berkuasa sebagai larangan atas sebab keselamatan. - AFP

Gunung Sinabung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain