suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-Kanak Terlibat Kes Cabul Jalani Kaunseling

Gambar hiasan hasil carian di Google.

SINGAPURA: Dua kanak-kanak berusia enam tahun yang terlibat dalam insiden 'sentuhan secara tidak sopan' pada 12 April lalu kini sedang menjalani sesi kaunseling bersama pakar psikologi.

Sebelum ini, seorang kanak-kanak perempuan mengadu mengenai perbuatan rakannya ketika berada di Pusat Jagaan Kanak-Kanak di PCF Taman Jurong.

Pada 12 April lalu, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di pusat jagaan itu mengadu tentang seorang kanak-kanak lelaki sedarjahnya yang menyentuhnya secara tidak sopan pada waktu rehat (naptime).

Berdasarkan kenyataan PCF pada Isnin, pihaknya segera memaklumkan kepada ibu bapa kedua-dua kanak-kanak sebaik sahaja menerima aduan.

"Kami amat kesal dengan kejadian itu dan bersimpati sepenuhnya dengan ibu bapa mereka. Keutamaan kami adalah kesejahteraan anak-anak muda kita," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, seorang ahli psikologi kanak-kanak dan guru telah ditugaskan untuk memantau kanak-kanak itu dan ibu bapa mereka juga telah bersetuju untuk tidak menghantar mereka ke pusat itu buat sementara waktu. -The Straits Times/Asia News Network

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain