suria

Gempa Ecuador: Angka Kematian Meningkat Kepada 233

QUINTO: Angka kematian akibat gempa bumi 7.8 skala Richter yang melanda Ecuador pada Sabtu meningkat kepada 233 orang, kata presiden negara itu.

Gempa yang melanda pantai Pasifik itu dapat dirasai negara Andean yang mempunyai seramai 16 juta penduduk.

Bencana tersebut turut mengakibatkan banyak bangunan runtuh.

Presiden, Rafael Correa yang bergegas pulang ke tanah air dari lawatannya ke Itali berkata, angka kematian disahkan meningkat kepada 233 orang.

"Keutamaan adalah menyelamatkan mereka di sebalik runtuhan," katanya menerusi twitter.

Menurut pihak berkuasa, lebih 1,500 orang cedera. - Reuters


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain