suria

Lima Polis Cedera Letupan Bom Dekat Lapangan Terbang Aden

Seorang lelaki memeriksa serpihan di lokasi letupan bom dekat kementerian luar di Aden, Yaman pada Jumaat lalu. Foto Reuters

ADEN: Polis Yaman memberitahu pihaknya menggagalkan dua serangan bom dekat lapangan terbang di bandar Aden pada awal pagi Ahad, sehari sebelum rundingan aman dijangka bermula.

Polis di bahagian pemeriksaan melepaskan tembakan terhadap sebuah kereta yang dipandu laju semasa letupan berlaku.

Munurut polis, insiden berkenaan mengakibatkan sekurang-kurangnya lima anggota cedera.

Pihak polis turut mematikan bom yang disembunyikan di dalam sebuah kereta yang diletakkan di jalan dekat lapangan terbang.

Setakat ini, tiada pihak yang tampil bertanggungjawab terhadap rancangan serangan dekat lapangan terbang yang ditutup selama beberapa bulan untuk pengubahsuaian.

Rundingan aman antara kerajaan di bawah pentadbiran Presiden, Abd-Rabbu Mansour Hadi dan pergerakan Houthi dari Iran dijadualkan bermula di Kuwait pada Isnin bagi mengakhiri persengketaan yang mengakibatkan lebih 6,200 orang terbunuh. - Reuters 

Artikel Lain