suria

Australia Bawa Pulang Anggota Tentera Terbunuh Dalam Perang Vietnam

Tanah perkuburan anggota tentera Australia di Terendak.

SYDNEY: Anggota tentera Australia yang terbunuh akibat perang di Vietnam dan disemadikan di Malaysia dan Singapura akan dibawa pulang ke negaranya dengan penuh istiadat tentera pada Jun ini.

Ketika mengumumkan perkara itu pada Ahad, seramai 35 tentera Australia dilapor telah disemadikan di Terendak selepas terkorban dalam operasi di Vietnam.

Manakala bakinya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kranji, Singapura.

Pada Tahun lalu, bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menawarkan kepada keluarga masing-masing untuk membawa pulang lebih 30 daripada mendiang yang disemadikan di Malaysia dan Singapura.

Bagaimanapun bagi keluarga yang tidak bersetuju, kerajaan akan mengekalkan kubur-kubur tersebut di tanah perkuburan perang di seluruh dunia.


Artikel Lain