suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Beradik Dalang Serangan Paris Dan Brussels

Khalid El Bakraoui (kiri) dan Ibrahim El Bakraoui (kanan)

DUA beradik yang menjadi dalang dalam serangan bom di lapangan terbang di Brussels bulan lalu adalah perancang kepada serangan di Paris pada November tahun lepas, kata IS.

Menurut laporan majalah berbahasa Inggeris, Dabiq, IS secara langsung telah mengakui bahawa dua beradik tgersebut merupakan perancang kepada dua insiden pengeboman berkenaan.

"Segala persiapan serangan di Paris dan Brussels dibuat oleh Kalid dan Ibrahim El-Bakraoui," kata kumpulan berkenaan.

Brussels menjadi lokasi persembunyian ahli kumpulan IS selepas mereka melakukan serangan di Paris yang menyebabkan 130 orang terbunuh.

Menurut laporan penyiasat di Belgium dan Perancis, individu sama menjadi perancang kepada kedua-dua insiden berkenaan.

Dalam kejadian di Brussels, Khalid El Bakraoui bertindak meletupkan diri di tren bawah tanah sehingga mengorbankan 16 nyawa manakala Ibrahim di Lapangan Terbang Zaventem.

Artikel Lain