suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-Kanak, Anggota Polis Maut Serangan Bom Di Songkla

SONGKLA: Seorang anggota polis dan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut, manakala lapan yang lain cedera dalam kejadian serangan bom di hadapan stesen kereta api Chana, di selatan Thai, petang Isnin.

Timbalan Ketua Polis Bahagian Ke-9 Songkla, Mejar Jeneral Polis Akkapop Prasitwattanachai berkata empat daripada yang tercedera dalam kejadian pada 5.30 petang itu, adalah dua anggota polis dan dua kanak-kanak perempuan.

Kanak-kanak lelaki yang maut itu dikenali sebagai Ahmad Yassin Madsan, manakala dua kanak-kanak perempuan yang cedera dipercayai mempunyai kaitan kekeluargaan dengan mangsa yang terbunuh itu, katanya.

"Bom itu dipasang pada sebuah motosikal yang di parkir di tempat letak kenderaan stesen berkenaan. Letupan turut menyebabkan beberapa kenderaan rosak teruk," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata empat lagi yang cedera adalah orang awam yang berada di lokasi kejadian ketika bom yang dipasang pada motosikal itu meletup.

Akkapop berkata setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan bom itu, dan pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung motif insiden tersebut.

Artikel Lain