suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Presiden Madagascar Lantik PM Baharu

Hery Rajaonarimampianina.

ANTANANARIVO: Presiden Madagascar, Hery Rajaonarimampianina melantik menteri dalam negerinya sebagai perdana menteri yang baharu, menurut pegawai di pejabat presiden.

Pelantikan itu selepas dua hari pengumuman mengelirukan berhubung perletakan jawatan perdana menteri terdahulu.

Jumaat lalu, pejabat presiden mengumumkan bahawa Perdana Menteri, Jean Ravelonarivo dan kabinetnya telah meletakkan jawatan.

Setiausaha agung presiden, Roger Ralala dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, Solonandrasana Olivier Mahafaly telah dilantik sebagai perdana menteri yang baharu dan memimpin kerajaan.

Ravelonarivo menduduki jawatan di negara kepulauan di Lautan Hindi itu pada Januari 2015 selepas kekecewaan rakyat terhadap bekalan tenaga, pengangguran dan ekonomi yang lemah akibat pentadbiran terdahulu. 

Bagaimanapun, pada Julai tahun lalu, kumpulan pembangkang Mapar memfailkan langkah dengan mengecam bahawa ia kecewa dengan perubahan yang perlahan.

Ralala berkata, Rajaonarimampianina mahukan "bergerak ke hadapan" tetapi mengakui bahawa Ravelonarivo masih belum mengemukakan surat perletakan jawatan.

Madagscar berdepan dengan kesukaran untuk membangun semula selepas rampasan kuasa pada 2009, yang membimbangkan penyumbang dan pelabur asing. - Reuters

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain