suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Filem 'Batman V Superman' Ungguli Carta Pecah Panggung

LOS ANGELES: Filem 'Batman v Superman: Dawn of Justice' melonjak ke carta teratas filem pecah panggung buat minggu kedua walaupun berdepan dengan jualan tiket yang berkurangan.

Filem keluaran Warner Brothers yang menampilkan dua watak adiwira ikonik itu mencatatkan kutipan sebanyak AS$51.3 juta (RM201.38 juta) pada hujung minggu kedua, menurut perangkaan daripada pakar industri, Exhibitor Relations.

Filem berkenaan meraih AS$166 juta (RM651.66 juta) pada minggu pembukaan walaupun ia mendapat banyak ulasan negatif. 

Ia dibintangi Ben Affleck sebagai Batman dan Henry Cavill memegang watak Superman. 

Kedua-dua mereka bakal bergandingan dalam filem akan datang iaitu 'Justice League' dan 'Wonder Woman'. - AFP


Batman, Superman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain