suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hujan Lebat Di Afghanistan Ragut Lebih 30 Nyawa

KABUL: Lebih 30 nyawa terkorban, manakala puluhan hektar tanaman musnah apabila Afghanistan dilanda hujan lebat berterusan sejak dua hari lalu.

Menteri Pengurusan Bencananya, Wais Barmak berkata, kebanyakan yang maut adalah penduduk di wilayah tengah Daikundi, Uruzgan dan Ghanzi.

Di wilayah Uruzgan, lebih 20 rumah musnah, manakala komunikasi terputus dan beberapa jalan ditutup kerana banjir.

Bercakap kepada Agensi Anadolu, Pengarah Pengurusan Bencana wilayah, Reza Sidiqi berkata, sekurang-kurangnya dua wanita adalah antara yang terkorban, manakala berpuluh-puluh hektar tanaman turut musnah.

Seorang penduduk daerah Malistan di selatan wilayah Ghazni, Mohamed Ali berkata, kerosakan hartanah semakin meningkat akibat hujan lebat berpanjangan itu.

Menurut ketua daerah Zamin Ali Hidayat, kebanyakan penduduk setempat mendapatkan perlindungan di kawasan lain kerana rumah mereka musnah dalam bencana alam itu.

Situasi sama turut dihadapi penduduk di daerah Joghori dan Qarabagh.

Sementara itu, Jabatan Meterologi Afghanistan meramalkan hujan berterusan di beberapa kawasan negara itu dalam masa terdekat.

Afghanistan, hujan, Wais Barmak

Artikel Lain