suria

Empat Maut, 20 Cedera Serangan Berani Mati Di Istanbul

Polis Turki mengawal keadaan di Jalan Istiklal di Istanbul selepas berlakunya serangan bom berani mati. Foto AFP

ISTANBUL: Empat maut dan 20 lagi cedera dalam insiden serangan bom berani mati di jalan tumpuan membeli-belah utama di Istanbul pada Sabtu, kata pihak berkuasa Turki.

Insiden berlaku enam hari selepas serangan maut di Ankara.

Serangan pada Sabtu berlaku di Istiklal Caddesi, laluan pejalan kaki yang menjadi tumpuan orang ramai.

"Ini adalah serangan berani mati, serangan pengganas," kata Gabenor Istanbul, Vasip Sahin kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata, pengebom berkenaan turut terbunuh.

Tambahnya, tiga yang cedera dalam keadaan parah.

Bom meletup berdekatan dengan sebuah pusat membeli-belah tetapi Sahin memberitahu sasaran sebenar ialah bangunan pihak berkuasa tempatan di kawasan kejiranan Beyoglu yang menempatkan Istiklal Caddesi.

Serangan di Ankara enam hari lalu mengorbankan 35 orang dan ia didakwa dilakukan oleh militan Kurdish.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain