suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pertempuran Di Yaman, 57 Terbunuh

ADEN: Sekurang-kurangnya 57 orang terbunuh pada Jumaat selepas tentera pro-kerajaan Yaman melancarkan serangan di kawasan pemberontak di Bandar Taez.

Serangan tentera itu turut mendapatkan bantuan daripada jet pejuang Arab Saudi, menurut Gabenornya, Ali al-Maamari.

Pemberontak Syiah yang menawan kawasan berkenaan dilapor mendapat bantuan daripada kerajaan Syiah Iran dalam melakukan serangan.

Tentera memberitahu, dalam serangan tersebut seramai 57 orang terbunuh dan daripada jumlah berkenaan, 37 adalah pemberontak, enam orang awam dan selebihnya tentera.

Dalam pada itu, serangan darat yang dimulakan sejak beberapa hari lalu turut mengorbankan pemberontak di selatan Bandar Taez

Yaman, Arab Saudi

Artikel Lain