suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

20 Anggota IS Terbunuh, 50 Cedera

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 20 ahli kumpulan militan IS terbunuh pada Khamis akibat serangan udara yang dilakukan oleh pesawat pejuang Rusia dan Syria di sekitar bandar Palmyra.

Dalam serangan di sekitar kubu IS itu, seramai 50 lagi dilaporkan cedera.

Pemerhati Hak Asasi Manusia berkata, tindakan IS menawan Palmyra yang merupakan tapak  sejarah di bawah seliaan Unesco telah mengejutkan dunia pada Mei tahun lalu.

Ini kerana, IS turut memusnahkan patung-patung bersejarah di kawasan berkenaan kerana bertentangan dengan ajaran Islam.

Berikutan itu, serangan telah dilakukan terhadap kawasan tersebut bagi menawan kembali bandar bersejarah berkenaan.


Palmyra

Artikel Berikut

Artikel Lain