suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Tentera Maut, Tiga Parah Letupan Bom Di Narathiwat

Gambar hiasan.

NARATHIWAT: Dua anggota tentera terbunuh manakala tiga lagi cedera parah apabila sebutir bom meletup ketika mereka sedang bertugas mengawal keselamatan guru di Kampung Air Seret, di sini Rabu.

Ketua Polis Narathiwat, Mej Jen Pattanawut Angkanawin berkata, kejadian berlaku pada 3 petang ketika anggota tentera terbabit sedang mengawal keselamatan guru daripada Sekolah Air Kroh, Chanet.

"Dalam kejadian itu, seorang guru nyaris maut apabila tiang elektrik yang tumbang akibat ledakan bom itu menghempap keretanya," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Menurut guru terbabit, Sirirat Tanvornmak, walaupun keretanya dihempap oleh tiang elektrik tetapi dia tetap berusaha memandu keretanya keluar dari lokasi kejadian.

Katanya, dia memandu sejauh dua kilometer ke Sekolah Kampung Pari untuk meminta bantuan walaupun kenderaannya mengalami kerosakan teruk. - Bernama

Artikel Lain