suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyeludup Aylan Kurdi Dipenjara

ISTANBUL: Dua rakyat Syria yang terlibat dalam kejadian yang mengakibatkan pelarian negara itu mati lemas termasuk Aylan Kurdi dijatuhi hukuman penjara empat tahun.

Hukuman itu ditetapkan mahkamah Turki selepas mendapati Muwafaka Alabash, 36, dan Asem Alfrhad, 35, bersalah.

Kedua-dunya dipenjara kerana menyeludup pendatang tetapi membebaskan mereka daripada tuduhan secara cuai menyebabkan kematian lima orang yang boleh dihukum sehingga 35 tahun penjara.

Gambar mayat Aylan yang berusia tiga tahun terdampar di pantai Turki mencetuskan kemarahan banyak pihak serta membuka mata negara Eropah terhadap seriusnya isu pelarian Syria.

Keluarga budak malang itu melarikan diri ke Eropah September lalu, dengan menyeberang Laut Aegean dari Turki ke Greece dalam bot yang sesak.

Ibu budak itu, Rihana, abangnya Ghaleb, 4, serta dua lagi penumpang mati lemas selepas bot berkenaan karam.

Bapa Aylan, Abdullah Kurdi juga didakwa dalam tragedi itu atas tuduhan bertanggungjawab terhadap kematian mangsa serta memandu bot ketika kejadian.

Bagaimanapun, tuduhan terhadap Abdullah yang kini tidak tinggal di Turki, digugurkan.






Aylan Kurdi, Syria, Turki

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain