suria

Dua Pesawat Indonesia Nyaris Bertembung Di Udara

Sebuah pesawat mendarat di Kuta, Bali. - gambar hiasan

JAKARTA: Dua pesawat Indonesia 'nyaris bertembung' di ruang udara Bali pada Rabu semasa cuaca buruk, menurut laporan berita Detik yang memetik saksi kejadian itu.

Namun, insiden itu dinafikan pegawai penerbangan awam negara itu.

Menurut Detik, beberapa laporan pada Khamis mendakwa pada satu ketika semasa pesawat Garuda Indonesia dan Lion Air, jarak garis tegak antara kedua-duanya adalah kira-kira 400 kaki atau 122m.

Jarak tersebut adalah kurang daripada jurang minimum 1,000 kaki atau 305m, antara kedua-dua pesawat mengikut peraturan antarabangsa.

Malah, portal tersebut turut memetik data dari laman aviasi, flightradar24.com dan gerryairways.com bahawa kedua-dua pesawat 'nyaris' berada pada kedudukan sama semasa membuat pusingan di udara.

Detik berkata: Dalam data penerbangan flightradar24, kedua-dua pesawat itu berada dalam kedudukan arah yang sama tetapi pada ketinggian berbeza... Garuda pada ketinggian 16,300 kaki manakala Lion Air 15,900 kaki.

Pesawat Garuda kembali ke lapangan terbang Surabaya selepas melakukan satu pusingan.

Lion Air membuat pusingan sebanyak tiga kali sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali kira-kira pukul 3 petang Rabu.

"Tiada kerosakan dilaporkan," lapor Detik.


Garuda Indonesia, Lion Air

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain