suria

Lelaki Maut Ditembak Semasa Perlawanan Tinju

Polis mengusung mayat lelaki yang maut dalam serangan semasa perlawanan tinju.

DUBLIN: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah penonton ketika acara menimbang berat badan perlawanan tinju sedang berlangsung di sebuah hotel, di sini, Jumaat.

Media Ireland melaporkan, serangan itu dilancarkan tiga lelaki yang bersenjata raifal AK-47 dan berpakaian seragam seperti polis.

Menurut polis, mereka menerima panggilan untuk ke tempat kejadian, Hotel Regency di utara Dublin pada kira-kira jam 2.30 petang waktu tempatan.

Sebaik tiba di lokasi, polis menjumpai tiga mangsa berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an cedera serta berlumuran darah.

"Seorang disahkan mati manakala dua lagi yang cedera dibawa ke Hospital The Mater and Beaumont," katanya.

Jabatan Bomba Dublin berkata, dua jentera bomba dan ambulanas turut dikejarkan ke tempat kejadian.

Peninju sedang menimbang berat badan untuk perlawanan "Clash of the Clans", yang berlangsung di Stadium Nasional, di sini. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain