suria

Rumah Menteri Greece Dilontar Bom Petrol

Alekos Flabouraris. Foto thetoc.gr

ATHENS: Kediaman seorang menteri Greece di tengah Athens dilontar bom petrol oleh sekumpulan penyerang tidak dikenali pada awal pagi Sabtu.

Polis berkata, insiden itu mengakibatkan kerosakan tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Menurut polis, serangan tersebut berlaku di luar kediaman menteri, Alekos Flabouraris yang merupakan penasihat utama kepada Perdana Menteri, Alexis Tsipras, di pusat bandar di kawasan Exarchia.

Parti pemerintah berhaluan kiri Syriza mengutuk serangan berkenaan dengan mengatakan bahawa ia tidak akan menjejaskan demokrasi di negara tersebut.

Insiden serangan terhadap ahli politik, pegawai perbankan dan ahli perniagaan merupakan sesuatu yang luar biasa di Greece, negara yang mempunyai sejarah panjang dalam keganasan politik. - Reuters

Alekos Flabouraris

Artikel Lain