suria

MERS Bangkok: Lebih 250 Individu Dikesan Susulan Kes Kedua

BANGKOK: Warga Oman yang disahkan positif wabak Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) di sini menyebabkan pihak berkuasa kesihatan Thailand sedang menjejaki lebih 250 orang yang dipercayai berhubungan dengan lelaki itu.

Dari jumlah itu, 37 dikatakan terdedah dijangkiti virus berkenaan, kata kementerian itu tanpa memberi butir lanjut.

Kenyataan Kementerian Kesihatan negara itu menyebut, lelaki berusia 71 tahun itu tiba pada Jumaat lalu dalam keadaan demam.

“Dia disahkan menghidap MERS dan dikuarantin di sebuah hospital di Bangkok. Lelaki itu dalam keadaan sedar, tetapi keletihan,” menurut kenyataan berkenaan.

Ia kes kedua yang dicatatkan di Thailand selepas yang pertama juga membabitkan ahli perniagaan juga dari  Oman yang dimasukkan ke hospital selama beberapa minggu lalu.

Bagaimanapun, mangsa pertama MERS telah sembuh daripada jangkitan itu.

Kes MERS pertama dikesan di Arab Saudi pada 2012. - AFP

MERS, Thailand, Oman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Snowzilla Ragut 24 Nyawa

Artikel Lain