suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

OIC Kutuk Pengebom Nekad Umat Islam Di Pakistan

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengebom nekad yang menyasarkan jemaah Islam di Pakistan pada Jumaat lepas, mengakibatkan kira-kira 20 orang terbunuh dan mencederakan banyak yang lain.

Dalam satu kenyataan, OIC berkata jemaah berkenaan sedang mengadakan perarakan bagi menyambut Hari Asyura di bandaraya Jacobabad, utara Karachi apabila insiden itu berlaku. Hari Asyura (hari ke-10 bulan Muharam), disambut  bersempena tahun baharu dalam kalendar Islam.

Setiausaha Agung OIC Iyad Ameen Madani, dalam merakamkan takziah kepada kerajaan dan rakyat Pakistan serta anggota keluarga mangsa dalam tragedi itu, berkata OIC menyokong usaha kerajaan Pakistan dalam memerangi keganasan.

Beliau mengulangi pendirian 57 anggota pertubuhan itu yang mengharamkan sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme ganas dalam semua bentuk dan menolak sebarang justifikasi bagi keganasan.

Dalam satu lagi kenyataan, Madani mengucapkan tahniah kepada rakyat Republik Ivory Coast atas kejayaan mengadakan pilihan raya Presiden pada Ahad lepas, menggesa mereka untuk meneruskan amalan demokrasi demi pembangunan, keamanan, keselamatan, perdamaian nasional dan tadbir urus baik negara itu.

Pilihan raya itu menyaksikan Alassane Ouattara dipilih semula sebagai Presiden, diadakan di bawah seliaan Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas dan pemerhati antarabangsa termasuk OIC.

Pakistan

Artikel Lain