suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jadi Pemberi Maklumat Untuk China, Wartawan Vietnam Dipenjara

HANOI: Seorang wartawan warga Vietnam didapati bersalah kerana menjadi pemberi maklumat untuk China dan dijatuhkan hukuman penjara enam tahun oleh mahkamah di Hanoi.

Ha Huy Hoang yang berkhidmat dengan sebuah majalah di bawah pengurusan Kementerian Luar dipenjara pada Rabu kerana bersubahat dengan seorang pengintip warga China, kata peguam, Ha Huy Son kepada Reuters.

Huy Son berkata, Huy Hoang akan mengemukakan rayuan terhadap sabitannya.

"Dia dapati bersalah kerana membekalkan maklumat dan bahan mengenai ekonomi dan pemimpin Vietnam kepada kerajaan China," katanya.

Isu yang berkaitan dengan China begitu sensitif di Vietnam. - Reuters

Artikel Berikut

Artikel Lain