suria

Empat Maut, 12 Parah Nahas Di Jambatan Aurora

SEATTLE: Kesesakan laluan di Jambatan Aurora di sini tambah memburukkan keadaan apabila dua kenderaan bertembung mengakibatkan empat maut dan 12 lagi parah.

Kejadian melibatkan sebuah bas persiaran amfibia dan bas sewa khas yang membawa pelajar kolej luar negara bertembung di jambatan Seattle juga menyebabkan 44 orang dikejarkan ke hospital.

Jambatan Aurora menghubungkan terusan Lake Union dengan Teluk Shilshole.

AFP melaporkan saksi kejadian berkata, nahas mungkin berpunca daripada bas persiaran yang mengalami masalah mekanikal dan polis mendapati tiada tanda menunjukkan pemandunya mengambil minuman keras.

Kolej North Seattle dalam satu kenyataan berkata, dianggarkan 45 pelajar dan kakitangannya dari Program Pengajian Antarabangsa berada di dalam bas ketika nahas.

Pihak kolej masih belum mengetahui jumlah sebenar pelajar yang cedera dan tidak menyebut negara mana pelajar yang terbabit.

Datuk Bandar Seattle, Ed Murray berkata, pegawainya masih menghubungi pihak konsulat negara pelajar asing berkenaan. 

Jambatan Aurora, Lake Union, Seattle

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain