suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Renjer Maut Dalam Serangan Bom Taktik Baharu

PATTANI: Taktik baru kumpulan pemisah mengaktifkan bom bila dipijak menyebabkan seorang anggota renjer Thailand terbunuh awal pagi Rabu.

Ketua Polis Wilayah Pattani Mejar Jenderal Krisakorn Pelitanyawong berkata selalunya bom diletupkan dengan menggunakan walkie-talkie.

Ketua Polis Daerah Panarek, Kolonel Polis Panyawat Pechum berkata bom buatan sendiri yang digunakan itu seberat 15kg dan meletup sebaik sahaja dipijak oleh seorang anggota renjer ketika meronda berjalan kaki.

Dalam kejadian 6.30 pagi itu sepasukan enam anggota renjer meronda bagi mengawal keselamatan guru-guru yang menuju ke sekolah-sekolah sekitar menggunakan Jalan Pattani-Narathiwat di Mukim Don, Panarek, Pattani.

renjer, Pattani

Artikel Lain