suria

Bayi, Kanak-Kanak Mangsa Bot Pelarian Karam

Sebahagian pelarian berenang bagi menyelamatkan diri sebaik pasukan keselamatan tiba di lokasi kejadian.

ATHENS: Angka pelarian yang mati lemas di Laut Aegean, Greece meningkat kepada 28 termasuk empat bayi dan 10 kanak-kanak dalam tragedi terbaharu melibatkan kumpulan pelarian di Laut Aegean di Greece.

Kelmarin, agensi berita Athens melaporkan seramai 112 pelarian menaiki bot yang membawa lebih muatan itu sebelum ia karam di selatan Pulau Farmakonisi.

"Seramai lapan mangsa ditemui masih berpaut pada bot tersebut manakala 68 lagi berjaya diselamatkan," jelas laporan itu lagi.

Dalam satu kenyataan, pengawal pantai memaklumkan mereka kini sedang giat melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) empat budak yang dilaporkan hilang dalam satu lagi kejadian bot karam di Pulau Samos, Sabtu lalu.

Difahamkan, insiden terbaharu di Laut Aegean itu berlaku selepas Athens dengan angkuh mempertahankan cara mereka mengendalikan krisis kebanjiran pelarian di Eropah. - AFP




Athens, Laut Aegean

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain