suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taliban Bunuh Empat Polis, Bebaskan 350 Banduan

Pasukan keselamatan Afghanistan berhampiran mayat pejuang Taliban yang ditembak ketika serangan penjara pada Isnin.

GHAZNI: Selepas bertindak ganas membunuh empat pegawai polis, pejuang Taliban membebaskan hampir 350 banduan  ketika menyerbu sebuah penjara di tengah Afghanistan awal pagi Isnin.

Kejadian berlaku di bandar ini yang terletak kira-kira 120 kilometer (km) di barat daya Kabul, Afghanistan.

Ia bermula apabila seorang penyerang berani mati meletupkan dirinya di pintu penjara bagi memudahkan anggota Taliban yang lain memecah masuk ke sel tahanan.

Timbalan Gabenor Wilayah Ghazni, Mohammad Ali Ahmadi berkata, penyerang memakai pakaian seragam pasukan keselamatan Afghanistan.

"Dalam kejadian ini, seramai 350 banduan termasuk 150 anggota Taliban berjaya meloloskan diri dari penjara," katanya.

Sementara itu, jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid mengesahkan serangan itu didalangi pihaknya. - Reuters



Taliban, Ghazni, penjara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain