suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bot Karam, 10 Pendatang Maut

ATHENS: Sepuluh orang, termasuk seorang kanak-kanak dipercayai mati lemas apabila sebuah bot membawa 100 pendatang karam di luar pantai Greece, Ahad.

Pengawal pantai berkata, 10 orang mati lemas apabila bot mereka karam di luar pantai Pulau Farmakonisi di Laut Aegean sementara 68 lagi dapat diselamatkan.

Seramai 29 penumpang berjaya berenang ke pantai pulau itu.

Pasukan itu juga masih mencari empat kanak-kanak lain selepas bot yang mereka naiki karam di luar pantai Samos, sebuah lagi pulau Greece yang tidak jauh dari pantai Turki, Sabtu lalu.

Pertubuhan Migrasi Antarabangsa berkata, 430 pendatang dan pelarian menyeberang Laut Mediterranean untuk ke Eropah sepanjang tahun ini dengan 2,748 mati atau hilang dalam pelayaran. - AFP


Artikel Sebelum

Gunung Aso Meletus

Artikel Berikut

Artikel Lain