suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

12 Maut Pasukan Keselamatan Mesir Tertembak Konvoi Pelancong

Gambar hiasan.

KAHERAH: Dua belas warga Mesir dan Mexico maut serta 10 lagi cedera apabila pasukan polis dan tentera Mesir yang melepaskan tembakan secara tidak sengaja terhadap konvoi pelancong, ketika bertempur dengan kumpulan militan di kawasan gurun bahagian barat negara itu.

"Satu pasukan bersama melibatkan polis dan tentera semasa mengejar pengganas di kawasan padang pasir, secara tidak sengaja bertempur dengan kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki sekumpulan pelancong warga Mexico," kata kementerian dalam negeri Mesir dalam satu kenyataan pada Isnin.

"Insiden itu mengakibatkan 12 warga Mexico dan Mesir terbunuh serta mencederakan 10 yang lain. Mereka yang cedera dimasukkan ke hospital," menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, satu siasatan akan dilakukan bagi mengenal pasti bagaimana konvoi berkenaan boleh memasuki kawasan larangan berikutan pemberontakan oleh kumpulan militan. - Reuters

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain