suria

Mers Kembali Ke Arab Saudi

RIYADH: Jemaah haji musim ini berdepan cabaran apabila Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengesahkan kematian terbaharu akibat virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) di negara itu.

Jurucakapnya memaklumkan mangsa adalah seorang lelaki berusia 71 tahun di Riyadh, selain sebanyak 10 kes jangkitan baharu turut dilaporkan.

"Sebanyak 58 kes jangkitan baharu Mers telah direkodkan sejak awal Ogos lalu," katanya lagi.

Difahamkan, kebanyakan kes tersebut dilaporkan di Riyadh dan turut melibatkan beberapa pekerja kesihatan.

Susulan daripada itu, Press TV melaporkan kumpulan hospital dimiliki Pengawal Kebangsaan Saudi telah meletakkan jabatan kecemasan dan pesakit luar pada tahap berjaga-jaga selepas Mers kembali menyerang negara tersebut.

Kajian awal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati individu yang berada dalam persekitaran kumpulan unta berisiko tinggi dijangkiti Mers.

Mers, Arab Saudi

Artikel Lain