suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serpihan Di Pulau Reunion Seperti Komponen Boeing 777

SERPIHAN pesawat yang ditemui di barat Lautan Hindi pada Rabu kelihatan seperti sebahagian daripada pesawat Boeing 777 - model pesawat sama milik Penerbangan Malaysia (MAS) iaitu MH370 yang hilang setahun lalu.

Sumber terdekat dengan pasukan penyiasat kehilangan pesawat MH370 memberitahu, komponen pada sayap yang ditemui di Pulau Reunion itu sama seperti pada pesawat Boeing 777.

Berikutan itu, komponen berkenaan akan diteliti dalam tempoh terdekat.

Suami kepada seorang penumpang MH370, K S Narendran berkata, dia keberatan untuk menyatakan bahawa penemuan itu sebagai perkembangan terbesar setakat ini.

Bagaimanapun MAS meminta semua pihak untuk tidak mewujudkan spekulasi berhubung penemuan berkenaan sehingga maklumat sebenar diperolehi. -CNN


MAS, MH370

Artikel Lain